Ragam kewujudan Litium

Litium teragih secara meluas tetapi tidak wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk tulennya. Disebabkan oleh kereaktifannya, ia selalunya dijumpai terikat dengan satu atau banyak unsur atau sebatian lain. Ia merupakan sebahagian kecil dalam hampir semua batuan igneus dan juga dijumpai dalam kebanyakan air garam semula jadi.

Sejak penghujung Perang Dunia Kedua, penghasilan litium telah meningkat dengan banyaknya. Logam ini diasingkan daripada unsur lain dalam batuan igneus, dan juga diekstrak daripada air dalam mata air mineral. Lepidolit, spodumene, petalit, dan ambligonit ialah mineral yang penting yang mengandungi litium.

Di Amerika Syarikat, litium diperolehi daripada kolam air garam di Searles Lake yang kering di California, dan daripada tempat di Nevada dan lain-lain lagi. Logam ini, berupa keperakan seperti natrium, kalium dan lain-lain ahli dalam siri logam alkali, dihasilkan secara elektrolisis daripada campuran litium yang terikat dan kalium klorida. Logam ini bernilai sebanyak US$300 per paun dalam tahun 1997.

Pengasingan (ikut *):

katod: Li + * + e − → Li* {\displaystyle {\mbox{Li}}^{+}{\mbox{*}}+{\mbox{e}}^{-}\to {\mbox{Li*}}}

anod: Cl − * → 1 2 Cl 2 ( gas ) + e − {\displaystyle {\mbox{Cl}}^{-}{\mbox{*}}\to {\frac {1}{2}}{\mbox{Cl}}_{2}({\mbox{gas}})+e^{-}}

Istilah:gase

Rujukan

WikiPedia: Litium http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Li... http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://periodic.lanl.gov/elements/.html http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/l... //doi.org/10.1002%2F0471238961.1209200811011309.a0... //doi.org/10.1515%2Fpac-2015-0305 http://education.jlab.org/itselemental/ele003.html https://www.degruyter.com/downloadpdf/j/pac.2016.8... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb119338639